English
PPKK
|
Cari
|
Saiz Teks:
A
A
A
×
Cara Pendaftaran
Mendaftar di kaunter resepsi di pusat
kesihatan yang berdekatan
Muat turun borang dan e-mel ke health.screening@moh.gov.bn
Mendaftar menggunakan akaun E-Darussalam awda
˄
Pemeriksaan Kanser Servik
Program Pemeriksaan Kanser Serviks adalah program pemeriksaan kesihatan untuk mengesan dan memberi rawatan awal bagi kanser serviks semasa awda tidak mempunyai sebarang gejala atau tanda-tanda penyakit tersebut. Serviks ialah pangkal rahim yang menghubungkan badan rahim dengan faraj.
Pemeriksaan Kanser Serviks akan melibatkan pemeriksaan PAP Smear iaitu satu kaedah yang boleh mengesan kanser serviks pada peringkat awal. Pemeriksaan ini melibatkan pengambilan contoh sel dari serviks yang kemudiannya dianalisa di makmal.
Kelayakan untuk Pemeriksaan Saringan Kanser Serviks:
a. Wanita warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berusia 20 tahun hingga 65 tahun
b. Pernah melakukan hubungan seksual
c. Tidak pernah menghidap kanser serviks
d. Tidak menjalani pemeriksaan Pap Smear dalam tempoh 3 tahun kebelakangan
DAFTAR
SOALAN LAZIM
SETELAH MENDAFTAR