˄

Pemeriksaan Saringan Penyakit Kardiovaskular


  • Pemeriksaan saringan membolehkan awda mengetahui sama ada awda mempunyai penyakit walaupun awda tidak mempunyai gejala dan/atau tanda-tanda penyakit. Pengesanan awal bermakna awda boleh mendapatkan rawatan awal. Kawalan yang baik terhadap kondisi ini boleh menghasilkan keputusan yang lebih baik.

  • Pemeriksaan Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular melibatkan awda untuk menjawab beberapa soalan berkaitan dengan kesihatan, mengambil ukuran tubuh badan (seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah dan sebagainya) dan ujian darah untuk mengukur gula darah dan kolesterol. 

  • Kelayakan untuk Pemeriksaan Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular adalah:

    1. Warganegara dan penduduk tetap di Negara Brunei Draussalam yang berusia 40 tahun dan ke atas

    2. Tidak mempunyai perjanjian berterusan di pusat/klinik kesihatan atau klinik pakar di hospital bagi masaalah berkaitan dengan penyakit-penyakit tidak berjangkit, termasuklah seperti penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan/atau strok